Wanita pasti sibuk menguruskan hal di dalam rumah tangga, tidak kira yang bekerja ataupun suri rumah sepenuh masa. Qas nak kongsikan 4 perkara yang mereka buat bagi memastikan urusan mereka berjalan dengan teratur dan lancar.

Antaranya ialah ;

1) Susun jadual kemas rumah

Hari apa kita nak kemas rumah dan jam berapa ? Menyusun jadual membantu kita huat kerja dengan lebih sistematik dan cekap. Contoh, mungkin boleh kemas rumah sehari sebelum jadual lori sampah datang. Jadi, bila esoknya lori sampah datang, semua sampah sarap dan benda yang perlu dibuang, boleh  terus dikutip.

Jadual Harian Qasrina
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

2) Susun jadual untuk selesaikan hal-hal mencuci kain baju

Takkan hari-hari kita nak cuci baju kan?. Paling cepat kena cuci setiap 2 atau 3 hari. Ini supaya bila setiap kali nak lipat, tak banyak lah yang kena lipat nanti. Kadang-kadang dia akan  bertimbun pula.

3) Buat perancangan menu

Benda paling susah sekali ialah ‘nak makan apa?’ Rasanya hampir semua orang alami masalah taktau nak makan apa dan dimana. Jadi, dengan buat perancangan menu setiap minggu atau bulan, pastinya boleh bantu para ibu menyediakan juadah dengan lebih cepat dan mudah. Nak beli barangan dapur pun mudah bila dan ad perancangan menu.

4) Sekali sekala dapatkan servis atau perkhidmatan luar .

Perkhidmatan luar seperti beli makan dari kedai atau  pergi dobi, adalah yang paling digemari oleh ibu-ibu. Ianya sangat membantu bilamana kita dah terlalu penat dan memerlukan bantuan pantas selain dari memasak atapun cuci sendiri. Begitu juga perkhidmatan kemas dan cuci rumah. Selalunya ibu yang sibuk, mereka juga mendapatkan khidmat cuci rumah dari luar supaya mereka boleh ambil sedikit masa untuk rehat.

Saya doakan kita semua sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menempuhi hari-hari yang selalu sibuk.

Silakan share sekiranya bermanfaat dan boleh membantu wanita-wanita yang hebat diluar sana.

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest