Sekolah dah mula ! Yeay !
Jadi , apa tips nak bagi anak lebih bertenaga dan bersemangat nak masuk kelas online ni?
Krriinnnngg !!!! Ehh! Ehh! Ada loceng macam waktu rehat kat sekolah ?
Pastinya anak-anak kita , malah guru-guru rindukan bunyi loceng di sekolah. Maklumlah bukan sebulan tak ke sekolah kali ni. Hampir 1 tahun tak ke sekolah untuk belajar. Belajar online je tahun lepas.
Sama juga kali ni. Masih belajar secara online. Sebab dah lama kat rumah, anak-anak pun dah rasa biasa dengan apa sahaja aktiviti yang berlaku di rumah masing-masing. Sesibuk manapun ibu-ibu, pasti ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka kan? Selain menyusun jadual kehidupan sendiri, ibu-ibu mesti ada plan untuk bangkitkan semangat anak-anak.
Kami nak kongsi beberapa tips yang mungkin boleh membantu anak-anak dalam pembelajaran online.
Mandi dan berpakaian kemas
Pastikan anak-anak bangun awal dan mandi. Pakai pakaian yang kemas dan pakaikan bedak atau wangian sama macam nak ke sekolah. Nak pakai baju sekolah pun boleh, baju sukan pun boleh. Bukannya kotor. 1 baju mungkin boleh pakai 2-3 hari sebab pakai beberapa jam je kat rumah dan mengadap kelas online je pun. Alaaa.. pakai baju biasa pun tak apa. Tapi biar dia kemas dan wangi. Walaupun online, kawan-kawan mesti nak lambai-lambai kan?
Sarapan awal sebelum kelas mula
Supaya anak tak lapar dan perut tak ada bunyi-bunyi masa kelas yang akan menyebabkan fokus anak terganggu, pastikan anak ambil sarapan pagi walaupun minum milo segelas. Nanti kelas sedang berlangsung, dia perit tahan lapar.
Waktu rehat yang ditunggu !
Ting! Ting! Ting! Jadikan ianya waktu rehat yang ditunggu-tunggu. Bila tengok jam dah sampai waktu rehat dan tengok anak dah habis kelas dia, bunyikan loceng bagi dia rasa seronok macam kat sekolah. Boleh je beli loceng murah-murah kat Shopee, MR DIY, Kedai Eco, Daiso dan lain-lain tempat pun ada. Anak mesti tersengih dan excited nak ke meja makan tengok apa makanan waktu rehat yang terhidang bawah saji.
Tak ada loceng ? Atau anda bekerja ? Buat surprise untuk dia. Setkan alarm kat jam loceng atau set alarm kat telefon dengan remarks “ SELAMAT WAKTU REHAT. MAKANAN ADA KAT BAWAH SAJI UNTUK MAKAN WAKTU REHAT”
Sweet kan?
Alarm jam kat handphone kan boleh tulis ‘remarks’ macam reminder. Atau, boleh je set reminder di Google Calendar untuk waktu yang kita nak reminder tu keluar di handphone.
Ini antara 3 tips kita nak buat anak rasa sedikit teruja dan keluar dari kebiasaan mereka. Maklumlah dah 1 tahun dirumah dan rutin pun dah sama kan? Semestinya mereka rasa dihargai dan rasa istimewa sekolah online ni.