Pernah dengar “Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncangkan dunia” ? Pepatah lama yang cukup sinonim dengan wanita .

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Malah dalam berita-berita semasa pun,  berapa banyak kita mendengar dan baca mengenai pencapaian wanita-wanita dalam pelbagai bidang.  Sukan,  kedoktoran,  sains, hiburan dan pelbagai lagi.  Banyak kan ? Malah kita turut rasa berbangga dengan mereka dan walaupun kita tak dapat nak jadi sehebat mereka, kita cuba untuk menceburi pelbagai bidang yang ada.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Sebenarnya, kami bukanlah ingin mencabar orang lelaki,  tetapi kami menjadi pelengkap mereka dan pada masa yang sama,  kami cuba untuk membantu diri sendiri dan mereka.

Kita mengumpul segala kekuatan untuk menghadapi kehidupan. Kita juga cuba menceburi bidang yang sama untuk memahami jerih perih.  Kita tidak lagi hanya mengharapkan sesuatu dari orang lain.

Kita bangkit untuk menjadi wanita yang hebat,  tangkas,  bijak dan bertoleransi antara satu sama lain.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Memilih untuk bekerjaya atau jadi surirumah adalah pilihan masing-masing. Kita mengikut kesesuaian keperluan diri kita dan keluarga kita. Kerana hanya kita yang tahu keadaan keluarga kita. Tak perlu kita sesama kita banding membanding. Kita tetap hebat dengan cara kita. Surirumah pun hebat juga.

Semoga segala perkara yang kita lakukan memberi manfaat kepada semua dan diredhai keluarga serta Allah swt.

Jom kita sama-sama terus kuat dan terus menjadi lebih baik dari hari ini.  Paling penting, kita dianugerahkah dengan “multitasking”. Boleh buat banyak benda dalam 1 masa.  Sambil tunggu mesin basuh siap cuci baju, kita masak. Sambil masak , kita kemas ruang tamu, sambil kemas ruang tamu, kita membebel 😅😅

Jemput share. Apa pula pendapat korang dalam hal ni?

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest