Yang mana paling sesuai untuk kita ?

Baru ni kita bercerita tentang mencuci pakaian. Selain teknik dan tips mengurus mengurus pakaian untuk dicuci, pemilihan sabun pencuci serta pelembut pakaian juga penting bagi mengelakkan beberapa sebab yang tidak diingini terjadi pada mesin, pakaian atau pada pemakai.

Apa akibat yang boleh memudaratkan mesin, fabrik atau si pemakai kalau tak pilih sabun yang sesuai ?

  • Mesin basuh mungkin akan cepat rosak. Ada jenis mesin yang tak boleh guna sabun jenis cecair. Kena pakai jenis serbuk je.
  • Ada fabrik yang tak boleh kena sabun, atau kena beli sabun khas untuk jenis fabrik tertentu. Sebagai contoh, kain jenis sutera. Kalau kena sabun, fabrik akan rosak.
  • Sesetengah orang akan mengalami gatal-gatal pada kulit bila guna sabun yang tak sesuai dengan kulit yang mudah alahan.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Jadi, apa yang perlu kita lakukan ?

  • Pastikan pemilihan jenis sabun yang betul untuk mesin basuh kita.
  • Kalau kain jenis sutera, kena beli sabun khas untuk kain sutera sahaja.
  • Tukar sabun jenama lain atau pilih yang jenis organik atau ‘biodegradable’. Selalunya ianya lebih lembuh dan kurang bahan kimia.

Jenis-jenis sabun yang terdapat dalam pasaran:

  • Serbuk
  • Cecair
  • Ketul atau buku
  • Tablet

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Jenis-jenis pelembut yang boleh didapati ialah :

  • Serbuk
  • Cecair
  • Tablet
  • Pati atau konsentrasi . Jenis ini, kita kena tambah air atau bancuh sendiri

Oh, jangan lupa peluntur. Apa jenis peluntur yang ada ?

  • Cecair
  • Serbuk

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

3 Bahan yang saya sebutkan di atas, wajib ada di rumah. Ia bukan sahaja membersihkan pakaian, malah ia sangat mudah dan sangat membantu surirumah, ibu-ibu dan wanita-wanita semua menguruskan hal-hal mencuci pakaian dengan lebih baik.

Pemilihan produk atau barangan yang tepat dan dijamin berkualiti akan mengelakkan kesan-kesan yang tidak diingini kelak, tak kiralah kesan pada mesin, fabrik pakaian atau pada kulit pemakai.

Tak hairanlah dalam pasaran terdapat pelbagai jenis sabun atau produk bahan pencuci pakaian yang dijual. Ia semestinya untuk lain-lain segmen pengguna dan memberi lebih banyak pilihan mengikut situasi.

QASRINA BEAUTY

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest