Rutin penjagaan kulit. Hari minggu , rawatan apa yang best boleh buat dari rumah?

Kita mesti dah tahu rutin harian biasa penjagaan kulit muka kan?

Cuci muka, pakai toner, pakai pelembab dan akhir sekali sunscreen sebelum nak keluar rumah bagi mengelakkan sinaran UV masuk ke dalam kulit.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Qasrina Beauty

 

Tapi, bila dah hari minggu macam ni, apa rutin tambahan yang boleh bantu kulit kita rehat dan rawat? Ya lah, seminggu hanya buat pembersihan secara asas dan dengan pemakaian make up setiap hari sebab kerja dan keluar rumah berjalan-jalan atau jumpa orang, jadi hari minggu mungkin kita ada lebih masa untuk buat rawatan tambahan sendiri dari rumah.

Ini 2 rawatan tambahan kita boleh buat dari rumah hari ni tau.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Qasrina Beauty

  • Scrub muka

Kalau boleh, cuba dapatkan scrub muka yang berasaskan tumbuh-tumbuhan atau organik. Kerana biji-biji yang digunakan lebih semulajadi, samaada biji aprikot atau biji kopi. Pilih formula yang sesuai dengan kulit kita. Ada yang untuk kulit berminyak dan bermasalah , ada untuk kulit kering dan ada untuk kulit biasa. Masing-masing mempunyai fungsi yang berlainan tau.

2) Pakai Mask

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Qasrina Beauty

Nak pakai mask yang mana satu ya ?

Banyak pilihan mask yang ada dalam pasaran. Jenis clay, jenis kertas lembab, jenis “peel-off’ .

3 jenis yang kita boleh pilih mana satu kita nak guna. Setiap jenis ada fungsi dan formula tersendiri untuk jenis kulit yang berlainan.

Jenis clay atau peel off lebih murah kerana kita boleh beli 1 tiub dan simpan untuk guna kemudian. Jenis topeng muka kertas lembab ni, hanya sekali pakai je. Rasanya sekeping pun dah hampir RM 5.

Tapi itulah, bergantung kepada keperluan kulit kita juga.

 

Dah siap dengan rawatan tambahan ni, boleh la kita teruskan dengan rutin biasa iaitu pakai pelembab dan sunscreen.

 

Boleh share produk apa awak semua guna untuk scrub dan mask ? Kot-kot ada yang sedang cari juga.

Ini yang saya guna sekarang.

https://qasrinabeauty.com/rutin-penjagaan-kulit-hari-minggu-rawatan-apa-yang-best-boleh-buat-dari-rumah/

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest