Pelancaran Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan.

Program ini bakal berlangsung di seluruh negara.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

24 Februari 2021 merupakan hari bersejarah dalam dunia kesihatan di negara kita. Ia di mana Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan individu pertama di Malaysia yang disuntik vaksin COVID-19 , diikuti dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta  beberapa orang lagi petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia . Maka, dengan itu, bermulalah pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di seluruh Malaysia dengan sasaran 25 juta orang.

Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 230 petang di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya dengan Taklimat Penerimaan Vaksin oleh petugas kesihatan di auditorium.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail
     
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Manakala, pada hari ini, 25 Februari 2021, Menteri Kesihatan YB Dato’ Sri Dr Adham Baba turut menerima vaksin yang sama bersama beberapa lagi petugas kesihatan barisan hadapan.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Pastinya kita juga turut rasa teruja untuk menjadi penerima vaksin seterusnya kan?

Tak sabar kita nak putuskan rangkaian COVID-19 ni.

Nanti boleh pergi bercuti dalam dan luar negara, boleh hidup secara normal balik, tak risau tentang keselamatan anak-anak dan juga orang-orang tua kita.

Apa langkah yang perlu kita buat untuk daftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ni?

  • Semak profile diri di aplikasi MySejahtera
  • Update atau kemaskini nama , maklumat kesihatan, lokasi sekiranya kita belum pernah kemaskini. Pastikan nama kita sama dengan nama di dalam kad pengenalan.
  • Kemudian, barulah daftar untuk vaksin di bahagian VACCINE COVID-19.
  • Dalam pendaftaran ni, jangan lupa untuk tekan CLICK HERE untuk kemaskini lagi sekali keadaan kesihatan, lokasi dan beberapa soalan lain.
  • Dah siap, boleh tekan submit.
  • Kemudian, kita hanya tunggu sahaja bila giliran kita nanti.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Sungguh rasa lega bila vaksin COVID-19 ni dah ada. Dah penat kita dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku , kes-kes yang meningkat naik, kena PKP lah, PKPB lah, PKPD lah.. penat sungguh rasa.

Semalam rasa lega sikit. Tak sabar rasanya nak tunggu turn kami pula !

Semoga ianya dapat memberikan kita sinar baru sedikit masa lagi. Menikmati kembali nikmat hidup normal.

Berita lanjut mengenai suntikan vaksin in boleh dibaca melalui FB Kementerian Kesihatan Malaysia dengan hanya klik disini. 

Klik disini untuk bacaan lain mengenai kecantikan, wanita, rumahtangga dan kesihatan.

QASRINA BEAUTY 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest