4 Aktiviti santai yang para ibu boleh buat bersama-sama keluarga masa PKPB ni.

Tentunya kita rasa stress dengan limitasi tak boleh keluar bercuti, tak boleh nak jalan-jalan cuci mata kat shopping mall. Terperap dirumah dengan kerja-kerja rumah yang semestinya memang rutin harian kita tambahan pula kita cuba mengisi masa yang terluang dengan kerja sambilan untuk jana pendapatan sampingan juga.

Beberapa aktiviti santai yang kita boleh buat untuk lapangkan minda, kasi relaks sikit.  Lagi best kita boleh lakukan bersama anak-anak dan suami. ‘Bonding time’ kata matsaleh.

  • Berjalan petang atau pagi

Tak perlu pergi jauh. Cukup sekadar berjalan di kawasan berdekatan dengan rumah sahaja. Sambil melihat keadaan sekiling dan bertegur sapa dengan jiran-jiran sekeliling.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Gambar sekadar hiasan

  • Berkebun

Tak ada ruang tanah di rumah ? Boleh beli beberapa pasu , tanah dan anak pokok atau biji benih. Boleh ajar anak-anak bercucuk tanam dan pastinya mereka pun teruja nak tengok pokok yang mereka tanam tumbuh segar. Boleh tanah pokok bunga atau sayur-sayuran.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Gambar sekadar hiasan

  • Bermain badminton

Ramai je orang bermain badminton di kawasan rumah. Ia pasti menyeronokkan. Tak perlu beli raket yang mahal. Cukup sekadar untuk kegunaan riadah, bukan nak masuk pertandingan pun.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Gambar sekadar hiasan

  • Sama-sama kemas rumah atau halaman rumah

Kemas rumah bukanlah sepenuhnya kerja para surirumah sahaja. Seluruh ahli rumah memainkan peranan juga. Tapi apa kata sesekali kita plan untuk buat sedikit perubahan dalam rumah sambil berkemas ? Buang barangan yang dah tak guna, susun atur semula perabut, mungkin boleh cat dinding yang dah lama perlu sikit perhatian. Rancanglah dengan keluarga dan lakukanlah bersama-sama. Ia pasti seronok !

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Gambar sekadar hiasan

 

Selain untuk kekal sihat dengan semua aktiviti ini , kita boleh bergurau senda dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ia pasti kekal jadi kenangan yang manis.

Jadi, jangan rasa resah gelisah lagi. Jom kita sama-sama buat aktiviti dengan yang tersayang masa PKPB ni.

Apa yang kalian lakukan bersama keluarga semasa PKPB? Kongsikan.

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest

Need Help? Chat with us