Seperti yang kita sedia tahu, kita semua memiliki jenis kulit yang berbeza. Ada yang kulit jenis berminyak, kulit jenis biasa,  kulit jenis kering dan juga kulit jenis kombinasi.

Sekiranya kita punya kulit berminyak, kita cuba rawat untuk stabilkan pengeluaran sebum supaya tak jadi masalah jerawat. Begitu juga kalau kulit kombinasi yang akan ada kesan lebih kurang sama.

Bagaimana pula kalau kulit jenis kering? Apa kesan yang boleh terjadi pada kulit kita kalau kita biarkan sahaja kulit kita terus keling tanpa kelembapan yang sepatutnya? Kenapa perlu pastikan kulit kita dapat kelembapan yang cukup ?

Ini 3 kesan  yang mungkin anda akan hadapi sekiranya membiarkan kulit kering tanpa memberikan kelembapan yang secukupnya.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Kedutan atau garis halus senang muncul. Boleh muncul seawal usia muda. Ada yang seawal 20-an pun sudah kelihatan kedut atau garis-garis halus pada wajah lebih-lebih lagi di bahagian mata dan juga mulut.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Jeragat atau bintik-bintik hitam pada kulit. Kemunculan bintik-bintik hitam atau jeragat akan lebih ketara. Ia juga dikenali dengan ‘pigmentasi’

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

 

  • Warna kulit tak sekala dan kalau pakai bedak, ia jadi bercapuk-capuk atau nampak macam menggelupas. Pernah pakai bedak tapi kemudian nampak kulit seakan menggelupas dan jadi tak rata? Ya, itu juga akibat kulit kering. Jadi, untuk cantikkan pemakaian make up, kita kena pakai dahulu seru atau pelembap untuk pastikan kulit lembap dan make up pun kemas.

 

Rawatan awal kulit kering dapat menghindarkan atau mengurangkan kesan-kesan yang seperti di atas. Ia boleh melambatkan proses penuaan , mengurangkan jeragat dan membantu meratakan warna kulit dan tidak menggelupas.

Bagaimana cara nak rawat kulit kering  atau mengekalkan kelembapan kulit ? Bukan rendam air tau ! Nantikan perkongsian kami dalam artikel seterusnya.

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest