Mereka yang mempunyai kulit yang sihat dan cantik semestinya mereka yang sangat cakna dan pentingkan tentang penjagaan kulit.

Dan semestinya mereka ada set penjagaan yang lengkap dan rutin penjagaan yang betul. Apa set penjagaan yang mereka gunakan? Ini 4 produk yang wajib ada rumah :

Make-Up Remover

Pakai  ‘make up remover’ sebagai langkah pertama untuk bersihkan solekan yang dipakai seharian. Macam-macam jenis make up remover boleh didapati di pasaran sekarang. Sama ada jenis minyak, air atau ada juga jenis tisu lembap.

Pencuci Muka

Pencuci muka pula ialah produk yang semua orang ada. Tujuannya ialah untuk membersihkan sisa makeup dan juga kesan makeup remover tadi dengan lebih mendalam. Ada pencuci muka jenis berbuih, jenis minyak, jenis gel dan juga jenis susu. Pastinya ia mengikut kesesuaian kulit masing-masing.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Toner

Penggunaan toner selepas mencuci muka pula ialah bertujuan untuk menutup liang pori yang terbuka masa cuci muka. Ia sangat digalakkan sebelum kita pakai produk seterusnya.

Pelembap

Pastikan kulit sentiasa lembap dan ‘cukup air’. Pemakaian pelembap atau moisturiser ini sangat perlu selepas toner. Ia beri kesan lembap dan mengelakkan elak kulit jadi kering. Ada pelembap jenis air (waterbase) , jenis gel dan juga krim. Pilihlah yang mana-mana ikut kesesuaian kulit anda.

4 langkah ini merupakan asas untuk pastikan kulit kekal sihat dan bersih. Tak putih pun tak apa. Janji sihat dan bersih. Barulah kita dapat lambatkan kesan penuaan.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Tahniah kepada mereka yang sangat prihatin dalam penjagaan kulit. Tak perlu belanja yang mahal pun nak jaga kulit ni. Hanya perlu dapatkan produk yang selamat, tidak mempunyai bahan terlarang dan sesuai dengan jenis kulit masing-masing.

Produk Qasrina.Adni juga terbukti berkesan dalam penjagaan kulit dan dikilangkan oleh kilnag bertaraf GMP dan mempunyai kelulusan KKM serta disahkan Halal. Butiran lanjut boleh klik disini.

 

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest