Apa itu pemakanan sihat?

 

Adakah pemakanan sihat ini mahal?

Adakah ia sejenis makanan ‘western’ atau ala barat?

Jom kita kupas mengenai pemakanan sihat dengan lebih lanjut lagi.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Apa kebaikan dan manfaat bila kita mengamalkan pemakanan sihat ?

  • Dapat mengawal dan ‘maintain’ berat badan
  • Dapat membantu membekalkan khasiat, zat, vitamin dan nutrisi yang mencukupi.
  • Dapat mengelakkan sembelit dan membantu melawaskan pembuangan.
  • Selain menyihatkan badan, amalan pemakanan sihat juga dapat membantu menyihatkan kulit.
  • Elak perut sentiasa rasa sebu dan kembung. Atau kita kata ‘banyak angin’
  • Bantu kawal ‘mood’ dan rasa lebih relaks dan tenang.

 

Apa itu pemakanan sihat ?

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Pemakanan sihat sebenarnya merujuk kepada ‘piramid makanan’ . Ia bukanlah semata-mata ‘eat clean’ atau makan stail ‘ala barat’ .

Pengambilan Karbohidrat, Protein dan Fiber yang mencukupi dalam setiap hidangan amatlah penting bagi memastikan badan mempunyai khasiat yang lengkap untuk pembakaran tenaga. Pengkelasan jenis makanan boleh dirujuk pada ‘piramid makanan’.

‘Makanan bergoreng, berminyak elok ke makan?’

Boleh je nak makan makanan bergoreng. Tapi jangan diambil secara berlebihan. Kesederhanaan dalam pemilihan jenis masakan juga perlu. Katalah tengahari kita dah makan ayam goreng celup tepung, malam nanti makanlah ikan bakar.

Seimbangkan cara masakan dan jenis makanan untuk memastikan keseimbangan dalam diet seharian.

‘Kena makan ikan salmon ke ? Mahal la. Saya tak mampu’

Tak semestinya makan ikan salmon jer. Tuhan jadikan makanan atas dunia ini mempunyai khasiat tersendiri. Dalam ikan salmon ada OMEGA, begitu juga ikan kembung. Tak salah makan ikan kembung, ikan selar, ikan cencaru dan lain-lain ikan yang kita biasa beli di pasar.

‘Nak kena makan brokoli ke ?’

Ulam-ulam mempunyai banyak khasiat tersendiri. Timun pun bagus diamalkan. Tak semestinya nak kena makan brokoli jer.

‘Buah nak kena makan strawberi ke ?’

Tembikai, jambu batu, nanas, buah limau apa sahaja buah yang mudah didapati dan ikut kemampuan kita, makan sajalah. Tak perlu nak berhabis untuk beli buah yang mahal. Nak yang anti oksida tinggi selain buah beri? Nanas kan ada. Nak yang Vitamin C tinggi? Buah limau kan ada. Jambu batu pula tinggi zat besi.

Suku suku separuh? Apa tu ?

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Selain mengamalkan pemakanan seimbang , kita juga perlu kawal ‘portion’ atau saiz pengambilan makanan. Pernah dengar perkataan ‘suku suku separuh’ ?

Ia sebenarnya panduan untuk kita setiap kali nak pastikan saiz makanan yang diambil tak terlebih.

Suku – karbohidrat ( nasi, roti, mee, pasta, kentang dan lain – lain )

Suku – protein ( ayam, ikan, daging, telur, makanan laut, tempe, susu, keju dan lain-lain)

Separuh – fiber & vitamin ( sayur-sayuran dan buah-buahan)

Ramai yang mengalami penurunan berat badan secara semulajadi apabila mereka mengamalkan pemakanan atau diet suku suku separuh yang betul tanpa perlu menukar menu ala barat atau membelanjakan wang yang banyak.

Apa yang mereka masak untuk keluarga, itu juga yang mereka makan. Cuma mereka pantau saiz makanan yang diambil.

Untuk mendapatkan panduan yang lebih baik dan bantuan mengenai pemakanan sihat, anda boleh dapatkan bantuan dietitian atau pakar nutrisi. Mereka pasti akan bantu anda. Atau klik disini untuk dapatkan sedikit panduan dari Kurus Online.

 

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest