Buat 5 langkah ni sebelum cuci baju.

Cuci baju merupakan antara aktiviti yang penting dalam rumah tangga.

Kalau tak cuci baju, maka, tak berbajulah orang kat rumah tu kan? Takkan nak pakai baju busuk dan berbau kot.

Ingat tak iklan Trojan pada zaman 80an dulu? Iklan sabun FAB ? Dalam iklan-ikan tersebut menunjukkan betapa pentingnya cuci baju kerana ia melibatkan kebersihan.

Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.

Hari ini kami ingin kongsikan  5 langkah yang perlu kita buat sebelum cuci baju tak kiralah sama ada cuci menggunakan tangan atau dengan menggunakan mesin basuh.

Antara langkah-langkahnya :

Pengasingan

  • Asingkan pakaian putih dan pakaian berwarna ke dalam bakul atau baldi berasingan. Kalau boleh, pakaian berwarna pun, asing ikut warna. Kalau tak, baju warna lembut atau pastel , jangan dicampur dengan baju warna terang. Ini bagi mengelakkan warna luntur dari baju warna terang dan terkena baju warna lembut atau putih.
  • Asingkan juga pakaian dalam , tak kira lelaki & wanita. Jangan basuh dengan pakaian bagi memastikan pakaian dalam lebih bersih cuciannya. Terakhir sekali boleh cuci pakaian dalam sahaja.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Cucian

  • Cuci atau masukkan baju ke dalam mesin secara berasingan dan mengikut warna. Baju putih boleh dibasuh dengan warna putih sahaja atau dengan pakaian warna lembut atau pastel. Dah siap basuh pakaian warna putih dan warna pastel, barulah basuh baju warna terang.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Pemilihan Sabun

  • Guna sabun pakaian yang sesuai. Ada beberapa faktor anda perlu pertimbangkan dalam pemilihan sabun iaitu :
    1. Keadaan kulit keluarga. Adakah ada antara mereka alergi pada sabun? Jadi kena cari sabun yang tidak menyebabkan alergi atau gatal pada kulit mereka.
    2. Jenis mesin. Ada jenis mesin yang tak boleh guna sabun cecair, kena guna sabun serbuk , atau sebaliknya. Ini bagi mengelakkan dari mesin cepat rosak.
    3. Jenis kain. Ada kain yang tak boleh guna sabun. Sebagai contoh, kain sutera. Malah, kain sutera juga tak boleh guna mesin. Kena cuci pakai tangan.
    4. Sekiranya anda mementingkan keselamatan alam, anda boleh pilih untuk guna sabun jenis ‘biodegrable’ . Ada beberapa jenama yang mengeluarkan sabun jenis ni. Tapu harganya sedikit mahal. Demi menyelamatkan alam, harga tidak jadi masalah bagi sesetengah orang.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Menjemur Pakaian

  • Apabila ingin menjemur pakaian , ini antara tips yang dikongsikan oleh pada surirumah yang pastinya cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga termasuk perihal mencuci pakaian ni.
    1. Kalau baju putih, pastikan sidai dengan tidak terbalikkan baju. Bahagian luar baju perlu kena matahari.
    2. Untuk baju berwarna pula, terbalikkan bahagian dalam baju. Pastikan bahagian dalam baju yang kena matahari. Ini supaya kita dapat mengelakkan warna baju menjadi cepat kusam.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Diharap dengan 5 langkah ini dapat memberikan kita semua sedikit panduan dan membantu kita dalam menguruskan hal mencuci pakaian.  Ia hanyalah bertujuan untuk memastikan pakaian kita kekal bersih, warna terjaga dan tak nampak kusam serta paling penting penggunaan sabun yang tak memudaratkan kulit keluarga yang ada alergi.

 

Baca : Tips uruskan hal rumah tangga dengan mudah khas untuk wanita yang sibuk bekerja

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest