Akhirnya kembali ke sekolah !

Anak-anak sangat teruja nak ke sekolah. Rindu kawan-kawan, guru-guru dan semestinya mereka dapat belajar dengan lebih formal dan suasana yang sesuai.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia ada mengeluarkan arahan baru berkenaan pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021 nanti.

Arahan ini berkenaan dengan arahan pemakaian baju sekolah. Disebabkan oleh pengumuman singkat berkenaan dengan pembukaan sekolah, ia mengundang resah dan pelbagai pandangan dari pihak ibu bapa dan salah satunya berkaitan dengan masalah kewangan kerana banyak perbelanjaan telah dibuat untuk PDPR .

Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan arahan membenarkan murid-murid hadir ke sekolah dengan memakai baju biasa , tak perlu pakaian seragam ke sekolah. Ini untuk mereka yang belum membeli atau mempersiapkan pakaian seragam anak.

Disini kami ingin kongsikan sedikit tips dan panduan tentang pemakaian baju biasa ke sekolah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Bersih

Pastikan pakaian anak-anak kita bersih dan tidak berbau. Ini supaya tidak terganggu pembelajaran mereka dengan bau-bau yang kurang enak. Baju tak nampak baju atau cantik tak apa. Asal ianya bersih, kemas dan tidak berbau masam atau bau yang kurang menyenangkan.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Sopan

Tak kira lelaki atau perempuan, pakaian ke sekolah perlulah sopan. Ini kerana sekolah merupakan institusi rasmi atau formal dan ada garis panduan yang perlu dipatuhi. Ia juga bagi mengelakkan murid-murid lain terganggu akibat dari pakaian yang tidak sesuai seperti menjolok mata atau berpakaian berlebih-lebihan. Keep it simple.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Sesuai dengan cuaca

Cuaca sekarang panas. Ada  sesetengah tempat sedang mengalami cuaca yang kering dan tinggi. Pastikan anak kita memakai pakaian yang selesa dan material atau fabrik yang sesuai dengan cuaca sekarang. Jangan pula kita pakaikan ‘knit wear’ atau baju jenis bulu kerana ia boleh menyebabkan anak kita panas dan boleh kena heat stroke.  Apabila ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani, pakaikan pakaian sukan  yang sesuai. Hari ada Pendidikan Jasmani tak perlulah berbaju kurung atau berkemeja. Cukup dengan pakaian sesuai untuk bersukan walaupun aktiviti sukan masih belum dibenarkan.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Tidak bersolek

Anak-anak sekolah rendah, tak mungkin ada yang dah pandai bersolek. Tapi, anak-anak sekolah menengah, ianya tak mustahil. Mereka dah pandai serba-serbi termasuk hal-hal kecantikan. Namun, untuk ke sekolah, adalah tidak dibenarkan untuk bersolek. Garis panduan ‘grooming’ sekolah masih perlu di ikut walaupun tidak berbaju sekolah. No make up.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Rambut diikat dan disikat rapi

Walaupun tidak berpakaian seragam sekolah, kekemasan diri sangatlah penting untuk memberi keselesaan kepada murid-murid ketika belajar. Dan kekemasan ini juga penting kerana ia juga melibatkan keselamatan murid. Untuk ke kelas jenis bengkel seperti bengkel kelas reka bentuk contohnya, murid-murid yang berambut panjang perlu memastikan rambut mereka diikat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku yang boleh mencederakan mereka. Sebagai contoh, mungkin rambut panjang yang tidak diikat, boleh mengganggu pandangan mata ketika sedang buat kerja bertukang dan akibatnya kecederaan boleh berlaku.

 

Diharap sedikit panduan ringkas ini dapat memberi manfaat dan idea kepada para ibu bapa dan anak-anak untuk mempersiapkan diri ke sekolah nanti.

Tapi perlu diingat, selepas sahaja tamat cuti pertengahan penggal yang bermula dari 26 Mac 2021 sehingga 03 April 2021, anak-anak sudah diwajibkan untuk memakai pakaian seragam ke sekolah.  Bermakna, pada 05 April 2021, anak-anak kembali ke sekolah dengan berpakaian seragam lengkap.

 

Klik disini untuk bacaan lain mengenai kecantikan, wanita, rumahtangga dan kesihatan.

QASRINA BEAUTY 

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest