Tidur yang berkualiti dan lena sangat perlu kepada semua orang. Kerana ia banyak manfaat dan juga bagus untuk kesihatan dan kecantikan diri.

Bagaimana nak dapatkan tidur yang lena ?

  • Pastikan tempat tidur kita bersih dan berbau segar.
  • Tukar cadar dan sarung bantal dengan kerap
  • Pastikan suasana bilik tidur yang gelap dan berbau segar dan harum
  • Pastikan tiada bunyi bising yang boleh mengganggu tidur
  • Pengudaraan yang baik serta nyaman
  • Pakai pakaian yang selesa dan bersih
  • Minum susu atau coklat panas sebelum supaya perut tak rasa kosong

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

5 Kesan dan manfaat dari tidur yang lena:

  • Boleh membantu menstabilkan emosi

Menghilangkan rasa gusar dan serabut. Tidur yang berkualiti dan lena dapat menenangkan emosi yang sedang berkecamuk.

  • Membantu mencantikkan kulit

Sewaktu tidur, badan kita dalam keadaan rehat dan memperbaiki sel-sel kulit . Pada masa yang sama, ia juga mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan kita .

  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh

Perasan tak, kalau kita tak cukup tidur atau tidur sering terganggu kita akan mudah kena selsema atau demam? Ini sebab sistem imun kita jadi lemah dan salah satu cara untuk meningkatkan kembali sistem imun bada ialah dengan mendapatkan tidur yang lena, berkualiti dan mencukupi.

  • Menyegarkan badan

Rasa lesu, sakit-sakit badan dan lemah? Pastikan suasana bilik tidur kita selesa dan nyaman sebelum kita nak tidur bagi mendapatkan tidur yang berkualiti dan lena. Nanti esoknya, kita akan merasa lebih segar dan bertenaga kerana badan kita sudah mendapat rehat yang mencukupi dan berkualiti.

  • Menajamkan minda

Tidur yang berkualiti juga dapat menajamkan minda dan menjadikan kita lebih fokus dalam melakukan kerja atau belajar. Sebab kita dah tak rasa mengantuk. Jadi kita boleh buat kerja dengan baik dan lancar.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Anda sedang mencari peluang untuk jana pendapatan ? Qasrina.Adni ada membuka peluang untuk jadi dropship. Dapatkan maklumat lanjut disini. 

Apa yang perlu anda elakkan sebelum tidur?

Bagi memastikan tidur anda tidak terganggu atau memudahkan anda untuk tidur, ada beberapa perkara dan panduan yang anda boleh elakkan:

  • Elakkan tidur lewat malam atau melebihi jam 11 malam .
  • Elakkan pengambilan kafein sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu tdur.
  • Elakkan makan makanan berat 2 jam sebelum tidur. Nanti boleh menyebabkan pertu anda sebu sebab penghadaman yang kurang baik.
  • Elakkan tidur dalam keadaan marah. Maafkan dulu semua orang yang buat salah dengan anda walaupun mereka tak tahu.
  • Elakkan ‘blue screen’ atau skrin biru ( gajet ) sebelum tidur. Kerana ia akan membuatkan anda merasa letih pada keesokan harinya. Baca buku sebelum tidur adalah lebih baik.

Kami harap dengan sedikit perkongsian kami mengenai manfaat tidur dapat memberikan sedikit gambaran dan idea kepada anda untuk memastikan anda mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti demi menjaga kecantikan dan kesihatan yang baik.

Nak tahu amalan Ratu Mesir Cleopatra dalam menjaga kecantikan? Anda boleh klik disini untuk bacaan lanjut. 

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest