5 idea urus hal makanan untuk ibu sibuk

Hal paling utama dan tiap-tiap hari ibu-ibu kena plan ialah hal memasak. Dengan Work From Home lagi, dengan nak ajar anak belajar online lagi, tentunya rasa masa sangat terkejar-kejar kan ?

Sesudah subuh pun mesti dah fikir  nak masak apa atau nak makan apa hari ni. Setiap hari, tanpa gagal.

Ni kami ada 5 idea dan tips nak kongsikan dengan ibu-ibu supaya dapat membantu dalam menyelesaikan masalah nak masak apa, nak makan apa setiap hari.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Precook meal

Masak makanan dan lauk-pauk siap-siap dengan banyak dan simpan dalam bekas , kemudian bekukan. Boleh masak lauk-pauk berkuah macam ayam masak kicap, daging goreng kunyit, masak lemak ayam, ayam paprik, masak kamheong, udang gulai, kari daging, sambal udang dan macam-macam lagi lauk yang ambil masa lama untuk masak. Selain makanan yang dah siap masak, boleh juga buat perapan bahan siap-siap macam ikan perap garam kunyit, ayam perap sos bbq, daging perap sos thai dan macam-macam lagi. Sediakan semua bahan dan masakan ni pada hari minggu, masuk bekas dan bekukan.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Jadual menu masakan

Buat jadual menu untuk jimat masa fikir nak masak atau hidang apa ikut hari yang kita plan. Ini supaya apa yang kita dah precook atau dah bekukan tu boleh habis ontime dan bulan atau minggu seterusnya kita boleh buat yang baru pula.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Order food delivery

Set 1 hari tetap untuk hari order food delivery atau tapau dari kedai. Contoh mungkin hari Rabu, hari untuk order Food Delivery. Tak kiralah fast food ke atau makanan dari kedai tertentu.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Menu makanan set

Set 2 hari dalam seminggu untuk makanan jenis goreng-goreng atau jenis nasi yang ada 1 lauk. Contoh nasi tomato, nasi ayam, nasi arab. Contoh mungkin Hari Sabtu dan Hari Selasa, kita masak menu macam tu. Jadi , tak perlu masak lauk untuk makanan berhidang lagi. Cepat dan mudah juga.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Pes segera

Dapatkan pes-pes segera yang banyak dijual di pasaran sekarang. Ramai yang kurang gemar guna pes segera. Tapi pes segera ni sebenarnya banyak membantu dalam penyediaan bahan kalau kita terlalu sibuk atau kurang masa.  Ada pes nasi goreng, pes rendang, pes asam pedas dan macam-macam lagi . Semua ni boleh jimatkan masa kita untuk kopek bawang, kisar dan lain-lain proses, selain dapat mengelakkan dapur kita kotor nak berkemas.

Tips dan idea ni sangat membantu para ibu yang sibuk dan juga bantu bapa yang tak cekap nak masak tapi boleh bantu panaskan lauk. Kot ibu pergi outstation ke atau balik lambat, jadi ia boleh jadi penyelamat keadaan dan juga mengelakkan stress melampau dalam kalangan keluarga.

Sebelum ini kami ada kongsikan tips untuk ibu-ibu ,   cara elak stress melampau akibat dari kerja rumah yang tak pernah habis.

Klik disini untuk baca 3 cara elak stress melampau akibat dari kerja rumah yang tak pernah habis.

QASRINA BEAUTY

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest