5 cara senaman mudah untuk kurus

Haaa ! Pastinya ramai bersemangat nak kurangkan berat badan kan?

Tak kiralah golongan lelaki atau perempuan. Sebab utama ramai yang sentiasa berusaha untuk mengurangkan berat badan ialah demi menjaga kesihatan dan mengelakkan penyakit yang tidak diingini seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan lain-lain.

Kami kongsikan 5 senaman yang terbukti berkesan dalam menurunkan berat badan dan sekaligus dapat membantu kempiskan perut buncit dan boroi.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Lompat tali atau skipping

Harga tali skipping taklah mahal mana pun. Di Decathlon pun anda boleh beli secara online dan boleh dapat harga serendah RM 5.00 je untuk ‘skipping rope’.

Apa kebaikan skipping ni ? Skipping atau lompat tali ni dapat membantu membakar kalori dengan lebih cepat. Ia juga dapat menguatkan otot kaki dan juga lutut. Skipping ni tak semestinya perempuan je bolah buat, lelaki pun boleh buat. Tak ada masalah. Ramai je orang lelaki yang buat senama skipping ni.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Lompat bintang atau Jumping Jack

Ini salah satu pilihan sekiranya anda tidak mempunya tali skipping. Manfaatnya senaman ini sama dengan skipping iaitu membakar kalori dengan lebih cepat juga menguatkan otot kaki dan juga lutut. Tapi kelebihan lagi satu, ia dapat menguatkan otot tangan dan membantu mengecilkan bahagian bahu kerana pergerakan tangan yang kuat.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Berjalan kaki atau Brisk Walk

Sekiranya anda mempunyai masalah sakit lutut sebab berat badan atau baru nak mula bersenam dan stamina masih belum kuat, anda boleh mula dengan berjalan kaki atau brisk walk dahulu. Bila berat mula berkurangan dan rasa lutut pun dah tak sakit, boleh lah  mula skipping atau jumping jack.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Joging

Joging juga merupakan senaman kegemaran ramai orang. Selain ianya meningkatkan stamina , ia juga mempercepatkan pembakaran kalori. Selain itu, ramai yang berjoging sebagai persediaan untuk menyertai mana-mana pertandingan larian atau maraton yang sekarang banyak berlangsung diseluruh negara. Lagi kerap kita joging, lagi konfiden kita nak masuk acara maraton ni.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Berbasikal

Ini senaman dan sukan yang sedang HOT sekarang ni. Kos pun agak tinggi untuk mencukupkan aksesori yang diperlukan. Berbasikal mampu meningkatkan dan menguatkan keupayaan kaki. Senaman secara berbasikal juga dapat mengurangkan risiko kecederaan kaki sekiranya anda mempunyai masalah pada pergelangan kaki.

Ini antara senaman pilihan wanita yang popular selain pergi ke gimnasium untuk senaman indoor. Mereka lebih cenderung dalam memilih senaman yang boleh dilakukan beramai-ramai bersama pasangan dan anak-anak. Jadi, tak hairanlah ini antara top 5 pilihan mereka.

Oh, jangan lupa. Selain senaman, pemakanan sihat juga sangat penting. Anda boleh klik disini untuk info lanjut tentang pemakanan sihat. 

Yang mana satu pilihan senaman anda  ?

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

QASRINA BEAUTY

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest