Nak jaga kulit sendiri tak susah pun . Tapi sesekali, tak salah kalau nak pergi spa untuk buat rawatan wajah yang lebih intensif. Selain untuk merawat kulit, kita juga boleh dapatkan tips dan panduan dari pakar rawatan kulit. Dan masa buat rawatan memanjakan kulit tu, bole la sekejap merehat ‘me time’ .

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

3 tips ASAS yang membantu anda menjaga kulit dengan mudah dan murah. Semua orang boleh buat dan perlu buat bagi memastikan kesihatan dari dalam dan luar.

  • Minum air yang cukup

Air yang mencukupi untuk badan sangatlah penting bagi membuang toxin dalam badan dan juga melembapkan kulit. Tak perlulah minum sehingga 8 liter sehari. Cukuplah sehingga 2.5 liter atau minum sahaja bila kita dahaga. Ianya tanda badan kita kekurangan air. Badan yang mempunyai kandungan air yang cukup dapat bantu menganjalkan kulit dan mengelakkan bibir serta kulit jadi kering.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Makan makanan yang berkhasiat dan sihat

Makanan dapat memberikan vitamin dan khasiat yang penting untuk kita. Makanan yang mengandungi vitamin C dapat membantu mencerahkan kulit, merangsang pembentukan kolegen semula jadi, memudarkan parut dan lain-lain. Begitu juga vitamin E yang tinggi antioksida dan membantu sel-sel berfungsi, melembapkan kulit, baik untuk bibir serta rambut juga.  Vitamin K membantu mempercepatkan proses pembekuan darah atau kata lain, luka jadi cepat kering.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

  • Pemilihan produk penjagaan yang sesuai

Pencuci muka, pelembap dan serum merupakan bahan asas penjagaan kulit dari rumah. Pastikan kita ada produk ini untuk membersihkan kulit. Sesekali, boleh ke spa untuk buat rawatan buang kulit mati atau skrub.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Kami harap dengan sedikit panduan asas ini dapat membantu anda dalam mengekalkan kesihatan kulit dan seterusnya mengelakkan kulit anda jadi kering, kusam dan kelihatan tidak bermaya.

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest