Ini 3 pelaburan yang sedang trending yang mungkin anda boleh ‘explore’ dan cari  sendiri untuk info lebih lanjut.

Melabur bukan je untuk dapat keuntungan, tapi juga sebagai pilihan simpanan selain dari simpanan biasa. Ia sebagai persediaan untuk hari tua kita juga.

Tahukah anda dalam beberapa bulan ni ada trending pelaburan yang banyak dikongsi oleh mereka yang berpengalaman dan juga bagi pendedahan pasal pelaburan-pelaburan ini.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Pelaburan ASB

Walaupun pelaburan ni dah ramai dan dah lama orang tahu, ia tetap trending setiap tahun kerana ia merupakan pelaburan yang menjadi simpanan bagi kebanyakan rakyat Malaysia selain menyimpan di bank. Pulangan setiap tahun juga taklah tinggi sangat tapi ia cukup membantu menambahkan modal pelaburan sekiranya kita tak ambil keuntungan tersebut. Lagi banyak kita simpan, lagi banyak kita dapat keuntungan.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Pelaburan Emas

Kedai emas dan juga akaun pelaburan emas menjadi tumpuan mereka yang nak buat pelaburan emas. Tak kira lelaki atau perempuan. Selain emas fizikal, ada juga akaun emas yang boleh buat pelaburan secara online. Pastikan syarikat-syarikat ini berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kita sertai. Bank-bank juga dah ada akaun pelaburan emas. Anda boleh baca di portal bank atau boleh terus hubungi pegawai untuk info lanjut. Keuntungan boleh dapat apabila jualan dilakukan masa harga emas lebih mahal dari harga kita beli. Tapi, kalau kita jual masa harga lebih rendah dari yang kita beli, kita tak dapat apa-apa keuntungan walaupun modal. Jadi, kena belajar dan tambah ilmu pelaburan emas juga dari mereka yang pakar.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Pelaburan Saham

Ini lagi satu pelaburan yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia. Seawal usia 18 tahun dah ada yang mula belajar nak main saham. Ada yang masuk kelas untuk belajar lebih mendalam dan uruskan sendiri akaun saham mereka. Selain dari buat pelaburan bursa sendiri, terdapat juga beberapa aplikasi saham robot atau ‘robo-investment’ yang mana anda tak perlu buat urusan pelaburan jual beli sendiri. Ianya automatik dan aplikasi ini akan labur  mengikut profil pilihan anda. Sebagai contoh, aplikasi WAHED.   Banyak perkongsian yang anda boleh dapat mengenai robo-investment ni melalui portal-protal kewangan. Pastikan aplikasi yang kita nak join tu, berdaftar dan dapat kelulusan dari SC tau.. Jangan join kalau tiada kelulusan. Lebur duit nanti.

Ini 3 top trending pelaburan yang terdapat di media sosial dan juga portal-portal berkaitan. Jadi, pada mereka yang buat bisnes untuk dapatkan wang tambahan dan sampingan, anda boleh lah simpan duit dari hasil jualan tu di mana-aman akaun pelaburan ni. Simpan RM 100 sebulan pun tak apa sebab yang penting, ada simpan dan ada bahagian untuk nak guna nanti.

Kalau simpan semua, payah jua nak guna sebab selalunya pendapatan sampingan ni kita buat untuk buat tambahan perbelanjaan kan? Kali ni, kita buat jadi 2. Tambahan perbelanjaan dan tambahan simpanan dan pelaburan. Ini untuk masa depan kita dan keluarga kita juga.

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest