• Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Kerja rumah  …. Mana nak pernah habis. Sampai bila-bila pun takkan habis sebab ia merupakan kerja yang perlu kita buat untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan sedap mata memandang.

3 cara yang mungkin boleh bantu elakkan kita stress berlebihan

Meluahkan rasa kepada pasangan atau ahli keluarga yang lebih memahami

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Curi sedikit masa bersama-sama pasangan atau ahli keluarga untuk duduk dan berbincang dari hati ke hati.

Berbual jauh dari mereka yang perlu kita jaga, tak kiralah di kedai atau di mana-mana ruang di rumah yang kita boleh duduk, minum kopi sambil berbual.

Luahkan sampai kita puas hati dan rasa lega.

Elakkan penggunaan media sosial yang terlalu kerap

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Melihat kehidupan orang lain di media sosial kadang-kala boleh membuatkan kita lebih stress kerana kita mula cuba untuk membandingkan kehidupan orang lain yang kita ‘nampak’ sempurna.

Sememangnya di media sosial, ramai yang hanya rakam saat-saat indah dan menarik.

Disebaliknya, kita tak tahu pun keadaan sebenar. Tapi, kita tetap akan cuba nak bandingkan dengan hidup kita dan mula rasa kecewa dan stress.

Dapatkan bantuan urus rumah dari orang luar sekali sekala

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Macam yang saya nyatakan. Kerja rumah takkan pernah habis. Kadang-kadang, baik juga kalau kita dapatkan bantuan urus rumah dari orang luar.

Mungkin sebulan sekali atau dua kali kita boleh upah ‘maid’ atau pembersih rumah untuk datang dan bantu bersihkan rumah kita. Sekarang ni agak murah juga.

Selain bersih rumah, perkhidmatan untuk lipat kain baju pun dah ada. Kalau tak mahu upah dari syarikat, mungkin kita boleh cari orang kampung yang perlukan wang, kita upah mereka bantu kerja rumah kita.

Sambil tu kita boleh juga bersedekah.

 

 

Diharap dengan sikit panduan ini dapat meringankan sedikit rasa stress para surirumah termasuklah diri saya sendiri. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt. Insha’Allah. Aamiin.

 

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest