Siapa Cleopatra ?

Dikenali sebagai Ratu Mesir. Beliau ialah sebagai Cleopatra VII Philopator

Beliau bukanlah berasal dari Mesir walaupun dikenali sebagai ratu Mesir.

Cleopatra berasal dari dinasti Ptolemaic yang berasal dari Yunani-Macedonia.

Pada zaman itu , beliau sangat terkenal dengan kecantikan dan kebijaksanaanya. Sebenarnya terlalu banyak tentang kisah dan cerita mengenai Cleopatra.

Apa amalan penjagaan kecantikan ratu Mesir itu pada Ketika itu ?

Menurut beberapa sumber yang didapati , beliau mempunyai rutin penjagaan yang tertentu.

Malah, pada masa sekarang , amalan tersebut  telah menjadi rutin wanita masa kini.

  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Pinterest
  • Gmail

Ihsan Goodle : Ilustrasi pelukis cuba merekonstruksi wajah Cleopatra berdasarkan dari dokumen sejarah dan peninggalan lainnya

Jom kta lihat antara 3 amalan penjagaan kecantikan Cleopatra pada zaman dahulu.

  • Bersih wajah guna air mawar

Air mawar dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia mampu membersihkan segala kotoran pada wajah dan menyegarkan kulit. Baunya juga sangat harum dan menenangkan. Rata-rata, ia masih menjadi amalan wanita masa kini .

  • Mandi susu

Mandi susu merupakan amalan memastikan kulit sentiasa putih dan mulus. Ia mampu melembabkan kulit dan pada masa yang sama memberi khasiat pada kulit.

  • Rajin berlulur menggunakan garam laut

Berlulur dapat menghilangkan sel-sel kulit mati. Menggunakan garam laut dapat merawat penyakit kulit atau membunuh bakteria.

Ini antara amalan asas yang dikatakan jadi panduan para wanita. Menjaga kecantikan dan kesiahatan pada yang sama memanjakan diri merupakan aktiviti yang paling digemari wanita.

Siapa yang tak suka bila kita dah penat seharian bekerja, lepas tu dapat pulak mandi susu. Mesti seronok kan ?

Ia boleh dilakukan dirumah atau buat sahaja booking di spa kegemaran dan nikmati ME TIME .

  • Sign Up
Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

Pin It on Pinterest